Guna ambulans untuk balik beraya di kampung di Sumatera

oleh SALINA JALIL|
Sebuah ambulans diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya di susur keluar Tol Kayuagung-Palembang-Betung di Sumatera kerana tidak mempunyai surat bertugas dan dipercayai digunakan untuk pulang ke kampung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Lapor Kompas.com, walaupun petugas kesihatan yang lengkap memakai baju alat pelindung diri itu menjelaskan mereka membawa pesakit Covid-19, namun, pihak polis masih tidak membenarkan mereka melepasi sekatan jalan tersebut. 

 

Menurut Sefi, pesakit yang dibawa itu akan dirujuk ke hospital di Jakarta sehingga berlaku pertelingkahan antara mereka. 

 

“Kami hanya membawa surat perjalanan yang biasa dibawa apabila hendak menghantar pesakit ke Hospital Muhammad Husin atau Hospital Bari di Palembang,” katanya. 

 

Sementara itu, pihak polis berkata, kenderaan itu diminta berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap iaitu surat tugas dari tempat bekerja ketika menjalani pemeriksaan. 

 

Pihaknya juga menjelaskan sudah berasa curiga dengan ambulans tersebut kerana jarak ke Jakarta dari kawasan itu terlalu jauh. 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…
Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…