Gumpert RG Nathalie - supercar elektrik berkuasa methanol, mampu caj sendiri, jarak operasi 1,199 kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
Idea untuk menghasilkan sebuah supercar mesra alam ini telah pun wujud pada tahun 2018 apabila Roland Gumpert - bekas pengarah bahagian permotoran Audi - memperlihatkan Nathalie buat kali pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gumpert RG Nathalie - nampak macam Nissan GT-R - yang diperlihatkan dalam artike ini merupakan versi yang sedia untuk diproduksikan dan menampilkan sistem penjanaan tenaga 2Way yang tidak konvensional.

Ini kerana, seperti tipikal kenderaan elektrik, Nathalie dilengkapi dengan empat motor elektrik - satu untuk setiap roda - dan kuasa disalurkan daripada pek bateri yang diposisikan di bahagian lantai kenderaan.

 


Namun, kuasa pengecasan pula diperoleh daripada sistem hibrid sel bahan api methanol yang terletak di bawah hud gentian karbon jentera ini.

Menerusi reaksi bahan kimia di dalam sistem sel bahan api trsebut, kuasa bateri dicaj dengan menggunaan gas CO2 dengan menghasilkan peratusan kecil nitrogen oksida sebagai bahan buangan.

Proses pengecasan ini tetap berlaku ketika kereta di dalam keadaan 'melahu', dan diteruskan ketika di dalam fasa pecutan dan pemberhentian.

 


Jadi, secara tidak langsung, Gumpert RG Nathalie merupakan sebuah kereta elektrik yang dilengkapi proses pengecasan sendiri, dan anda hanya memerlukan masa selama tiga minit untuk mengisi tangki bahan api methanol.

Disebabkan teknologi ini juga Nathalie mampu mencapai jarak operasi yang cukup mengkagumkan, iaitu sekitar 821 kilometer dengan kelajuan 121 km/j atau jarak sehingga 1,199 kilometer dalam mod pemanduan Eco!

 

 


Sebelum terlupa, terima kasih kepada empat motor elektrik itu tadi, Nathalie mampu menghamburkan kuasa sekitar 536 kuasa kuda dan 989 Nm daya kilas, serta pecutan sepantas 2.5 saat dari 0-100 km/j.

Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 306 kilometer per jam.

Gumpert hanya menghadkan produksi RG Nathalie ini kepada 500 unit dengan harga anggaran bermula dari $366,000 (RM1.61 juta) sehingga $610,000 (RM2.68 juta).

 

Berita Berkenaan

Informasi
Selebriti-selebriti hiburan muncul seperti cendawan selepas hujan dan hanya segelintir sahaja yang…