Guard My Ride tawar perlindungan jaminan menyeluruh untuk kereta terpakai, recond

oleh Mohamad Hanif|
Guard My Ride, syarikat peneraju dalam perkhidmatan jaminan lanjutan kenderaan terpakai dan recond di Malaysia mengumumkan kerjasama terbaharu dengan pengedar kenderaan terpakai pelbagai jenama, Sime Darby Auto Selection (SDAS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GMR telah pun beroperasi sejak tahun 2015, dan ini merupakan tahun kelima syarikat itu di dalam industri jaminan lanjutan.

Menerusi kerjasama dengan SDAS, Guard My Ride bakal menawarkan pakej perkhidmatan jaminan menyeluruh khusus untuk para pelanggan Sime Darby.

Untuk mencari penyedia perkhidmatan jaminan lanjutan yang boleh dipercayai merupakan satu cabaran disebabkan sesetengah penyedia tidak mengemaskini terma dan syarat, serta tempoh pemprosesan yang lambat untuk melengkapkan permohonan dokumentasi.

Namun apa yang membezakan antara Guard My Ride dengan penyedia lain adalah tahap keberkesanan dan ketelusan yang tinggi di dalam proses tuntutan, di mana GMR menawarkan keupayaan untuk memproses tuntutan dalam tempoh 48 jam selepas penyerahan dokumentasi yang lengkap.

GMR juga merupakan penyedia perkhidmatan jaminan premium yang memastikan para pelanggan mereka mendapat nilai tuntutan penuh termasuk kos alat ganti dan kos buruh.

Dalam pada itu, GMR juga baru-baru ini membangunkan fasiliti bengkel yang tersendiri di Lembah Klang menerusi kolaborasi dengan beberapa bengkel panel yang terpilih.

Melalui rangkaian bengkel yang tersendiri, GMR berharap agar dapat menawarkan standard kualiti perkhidmatan servis dan penyelenggaran kenderaan yang tinggi di seluruh negara.

Sebagai pendahulu di dalam industri perkhidmatan jaminan lanjutan, GMR juga merupakan satu-satunya syarikat yang disokong oleh rakan insurans, RHB Insurance bagi memastikan setiap tuntutan yang dibuat melalui GMR akan diproses secara telus untuk menjamin tiada sebarang tuntutan yang berlebihan, atau tidak perlu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web gmride.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, selari dengan peningkatan tersebut, timbul pula satu masalah berkenaan jaminan lanjutan -…