GT7 dapat kemas kini, 5 kereta baru termasuk lagenda rali Toyota Celica GT-FOUR (ST205)

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berita baik untuk pemain permainan video simulasi perlumbaan popular Gran Turismo 7, yang telah menerima kemas kini baru untuk bulan Disember.

Kemas kini baru itu boleh dimuat turun pemain bermula 15 Disember, ianya didatangkan dengan tambahan 5 kereta berprestasi dari pelbagai peringkat dan tambahan 1 peta baru.

Antara kereta yang ditambah ialah:

  • Ferrari Vision Gran Turismo

    Ferrari

     

  • Alfa Romeo Giulia GTAm 2020

    alfa

     

  • Bugatti Chiron 2016

    Chiron

     

  • Chevrolet Corvette C8 Stingray 2020

    C8

     

  • Toyota Celica GT-FOUR Rally Car (ST205) 1995

    Celica

 

 

Selain tambahan kereta baru, kemas kini itu turut didatangkan dengan peta Norway yang boleh dijadikan latar belakang untuk album kereta dalam permainan tersebut.

 

Norway

 

Sumber: Gran Turismo

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga kereta baharu yang kini didatangkan pada GT7 ialah Alfa Romeo Giulia Sprint GT Veloce '67,…
Berita Global
Ferrari Vision Gran Turismo banyak mengambil inspirasi daripada jentera lumba Prancing Horse era…
Berita Global
Dalam kemaskini terbaharu 1.25, para pemain Gran Turismo 7 di PlayStation boleh mendapatkan empat…