GST sifar - Ribuan rakyat berpusu beli kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya durian runtuh untuk rakyat Malaysia yang mahu membeli kenderaan baharu.

Bagi industri automotif empat roda, harga tanpa GST menjamin penurunan minimum sebanyak enam peratus dari kos pemilikan kenderaan baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sejak seminggu lalu, syarikat-syarikat kenderaan berpusu-pusu mengeluarkan kenyataan akan harga kenderaan mereka tanpa nilai GST 6 peratus.

Jika sebelum ini kita melihat peningkatan jumlah cukai GST dalam RM berkadar terus dengan harga kenderaan, kali ini jumlah penjimatan pula yang berkadar terus.

Ini bermakna kenderaan yang mempunyai harga yang tinggi akan menerima faedah GST sifar yang lebih tinggi.

Contohnya kadar penjimatan GST sifar ialah: 

  • Perodua Axia 1.0 Standard E Manual 
    • Nilai GST yang dijimatkan: RM1,345
  • BMW 330e M Sport. 
    • Nilai GST yang dijimatkan: RM14,608

Ini memang adil kerana jika GST dinaikkan, harga kenderaan yang tinggi akan menerima cukai yang lebih mahal.

 

 

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa cukai SST (Sales and Service Tax) akan diperkenalkan kembali pada kadar 10 peratus dalam tahun ini.

Namun begitu, selagi ia belum diumumkan, dan selagi GST pada kadar sifar diteruskan, harga kenderaan akan lebih rendah.

Tinjauan Careta di beberapa pusat penjualan kenderaan membuktikan rakyat sudah menghidu saat keemasan ini dan syarikat kenderaan menerima tempahan yang memberangsangkan.

 

ranger wt 22

 

"Sebelum pilihanraya, jualan memang menyedihkan tetapi setelah kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan GST sifar, tempahan kenderaan terus meningkat," ujar seorang jurujual Ford.

"Model Ranger Wildtrak 2.2L memang sangat popular sekarang ini," sambung beliau.

Begitu juga Perodua yang melihat tempahan kenderaan mereka terus meningkat.

Menurut eksekutif pemasaran Perodua dari Putrajaya yang Careta hubungi, tempahan untuk semua model Perodua memang meningkat naik.

 

 

"Model Myvi memang mendapat sambutan yang sangat tinggi sekarang ini kerana kadar penjimatan yang lebih baik," ujar beliau dengan nada yang gembira.

Untuk motosikal pula, penganalisa industri dan wakil syarikat motosikal yang dihubungi kami berkata harga motosikal masih bergantung kepada pengedar-pengedar.

"Tidak seperti kereta, industri motosikal tidak menetapkan harga. Harga ditetapkan oleh pengedar-pengedar," ujar mereka.

Namun begitu, harga sepatutnya menurun akibat penjimatan GST pada kadar sifar peratus itu.

BMW Motorrad ialah satu-satunya syarikat motosikal yang menghasilkan senarai jumlah penjimatan GST sifar untuk produk-produk mereka.

 

 

Menurut senarai tersebut, penjimatan boleh meningkat sehingga sekitar RM6,000, bergantung kepada harga model tersebut.

Kawasaki pula mengumumkan penjimatan 6 peratus untuk kos servis motosikal mereka. Harga motosikal baharu Kawasaki masih bergantung kepada pengedar, tetapi penjimatan GST pasti akan berlaku.

"Perang harga antara pengedar motosikal sudah lama berlaku dan pastinya kali ini, ia akan lebih menarik. Pembeli disaran untuk melawat pengedar-pengedar bagi membandingkan tawaran. Mereka juga perlu memastikan mereka tahu di mana mereka boleh servis Kawasaki mereka agar jaminan waranti tidak terbatal," ujar seorang wakil Kawasaki.

 

 

Untuk mereka yang mahu melakukan trade-in kenderaan lama, memang harga pasaran kenderaan terpakai merudum jatuh kerana ramai yang lebih gemar membeli kenderaan baharu dan kadar GST sifar akan meningkatkan lagi minat untuk membeli kenderaan baharu.

Oleh itu, dalam masa kita mahu mengambil kesempatan atas peluang keemasan membeli kereta ini, diharapkan pembeli membuat pengiraan yang baik agar tidak kalah pada nafsu.

Kos pengendalian kenderaan dan harga bahan api perlu diambil perhatian. Cukai SST yang bakal diumumkan masih tidak dapat dipastikan akan menurunkan atau meningkat harga alat ganti dan kos perkhidmatan servis.

Pilihan pakej pembiayaan oleh bank juga perlu dikaji kerana ada yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah.

Selamat membeli!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berita Domestik
Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari …
Uncategorized
Senarai harga terkini menyaksikan beberapa model terkini yang baharu sahaja dilancarkan oleh pihak…