Groupe PSA, Naza Automotive Manufacturing anjur acara Hari Pembekal buat kali pertama

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada 20 Februari yang lalu, Groupe PSA dan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd (NAM) mengadakan acara Hari Pembekal pertama bertempat di kilang pemasangan Gurun. 

Acara tersebut mendapat sambutan kira-kira 140 wakil daripada para pembekal industri, pakar industri global serta jawatankuasa tertinggi kerajaan seluruh negara. 

Dalam masa yang sama, Laurence Noel, CEO dan Pengarah Urusan NAM mengambil keputusan untuk membentangkan pelan strategi Push To Pass Groupe PSA Asia Tenggara, terdiri daripada produk, operasi, integrasi lokal serta peranan NAM dalam usaha untuk menjadikan NAM sebagai salah sebuah pemain utama di dalam industri automotif Malaysia. 

NAM merancang untuk melancarkan model pertama pemasangannya pada April 2019 ini, sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menguasai pasaran domestik dan eksport Asia Tenggara. 

Selain daripada itu, dua buah model baharu daripada platform EMP2 dan CMP yang kini dipasang di Gurun akan turut dilancarkan dalam masa terdekat tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan gabungan itu, Peugeot SA dan Fiat Chrysler Automobiles NV akan menjadi Stellantis…
Berita Domestik
Berjaya Auto Alliance merupakan syarikat baharu yang dipegang oleh BerjayaCorp (51%) dan Bermaz (20…
Berita Domestik
  Majlis tandatangan ini turut disaksikan oleh Duta Perancis ke Thailand, Jacques Lapouge.  …