Grey Wolf - pengganti helikopter Huey

oleh HEZERI SAMSURI|
Tentera Udara US (USAF) telah mengambil keputusan untuk membeli 84 unit helikopter jenis muatan sederhana dari Boeing bernilai US$2.4 billion.

Model Boeing/Leonardo AW139 akan digunakan untuk pasukan tindakan cepat USAF.  Ia akan menjadi helikopter pelbagai misi (multi-mission).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

AW139 itu mampu memuatkan sehingga 15 orang penumpang sementara ia mempunyai pintu gelungsur sisi yang boleh dipasang dengan mesin gan M240. 

Digelar Grey Wolf, helikopter itu adalah 50 peratus lebih laju dari UH-1N Huey yang masih berkhidmat lagi sejak perang Vietnam.

 


 

 

Boeing juga berkata Grey Wolf mampu terbang 50 peratus lebih jauh dan membawa muatan 5,000 pound lebih berat dari Huey.

Grey Wolf mampu menjimatkan US$1 billion untuk jangka hayat perkhidmatannya.

Walaupun Boeing menghasilkan legenda-legenda helikopter seperti AH-64 Apache dan CH-47 Chinook, ia sebenarnya tidak menghasilkan Grey Wolf ini.

Grey Wolf Boeing/Leonardo AW139 adalah model AugustaWestland AW139 yang dijenamakan sebagai Boeing.

AugustaWestland sudah menjual lebih dari 900 unit AW139 untuk pelbagai pelanggan di seluruh dunia.

Mungkin nama Grey Wolf mengingatkan ramai akan siri televisyen Airwolf yang popular dahulu. Airwolf menggunakan helikopter Bell 222 yang dimodifikasikan agar kelihatan canggih.

* Artikel asal dari Popular Mechanics

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…