Green Urnet tampil dengan kit badan gentian karbon, 800 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak Lamborghini menceburi bidang penghasilan SUV, produk pantas Urus itu ternyata menjadi satu fenomena yang bukan sahaja menguntungkan pengeluar supercar itu, malah ia juga turut menjadi inspirasi penghasilan kit badan bagi SUV-SUV bukan Urus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Urus yang dipaparkan kali ini tidak menampilkan warna fluoresen yang aneh, atau warna matte seperti kebiasaan.

 

urnet


Ini kerana Lamborghini Urus 'Green Urnet' yang dimodifikasi oleh 1016 Industries ini menampilkan warna storm gray dan kit badan yang diperbuat daripada gentian karbon hijau yang diinspirasikan daripada The Green Hornet.

Kit badan yang disediakan oleh 1016 Industries ini merangkumi set arca fender, skirt sisi, lip aero hadapan, diffuser belakang, spoiler trunk dan juga spoiler bumbung.

 


Menurut 1016 Industries, mereka menggunakan proses prepreg lima tahap yang unik dengan menyusun lapisan demi lapisan gentian karbon berlainan arah di mana proses ini menjadikan bahan gentian karbon yang dihasilkan lebih tegar dan kuat berbanding gentian karbon yang biasa.

1016 Industries turut membancuh satu warna khas untuk dilayangkan pada Lamborghini Urus, dan warna deep green jade weave itu dikatakan mampu berubah penampilannya bergantung kepada sudut pencahayaan.

 


Kemasan gentian karbon turut digunakan pada ruang kabin, di mana bahan tersebut digunakan bagi penggantikan panel-panel yang ada, termasuklah roda stereng daripada gentian karbon.

Alas bumbung pula menampilkan rekaan ala-ala Rolls-Royce, namun dengan bintang berwarna hijau yang direka oleh RFS Motorsports.

 


Tidak cukup dengan itu, enjin asal Lamborghini Urus ini ditala semula oleh Gintani bagi menghasilkan kuasa setinggi 800 hp, peningkatan sebanyak 159 hp berbanding output standard.

Sistem ekzos daripada Voodoo Industries turut digunakan dengan sistem perpaipan khas dibina bagi menggantikan paip asal, di mana Urus Urnet kini mampu memercikkan api keluar daripada tip ekzos.

 


Kos pembikinan Green Urnet ini hanyalah sekitar $350,000 (RM1.43 juta).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…