Great Wall Motors lancar Shanhai Cannon - tiga pilihan enjin termasuk trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Penawaran trak pikap dengan enjin diesel sudah menjadi satu perkara yang biasa, namun tidak banyak pengeluar yang mula menawarkan trak pikap dengan trenkuasa hibrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu contoh yang ada ialah Toyota Tundra Hybrid yang dilengkapi dengan dengan enjin iForce Max ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat.

Di China, Great Wall Motors baharu sahaja melancarkan sebuah trak pikap saiz pertengahan Shanhai Cannon di acara Chengdu Auto Show, baru-baru ini.
 

Shanhai


Rekaan luaran trak pikap ini jelas mengambil inspirasi daripada SUV Tank 500, dimulakan dengan unit lampu utama dan rekaan jeriji besar yang serupa, kemasan krom, unit bampar dengan lampu kabus, serta rekaan fender flare pada arka roda depan dan belakang.

Difahamkan, terdapat tiga pilihan trenkuasa yang ditawarkan oleh Great Wall Motors, termasuklah enjin petrol hibrid 2.0 liter turbo, enjin diesel 2.4 liter turbo (183 hp)  dan enjin V6 petrol 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348 hp dan 500 Nm.

Setakat ini, angka kuasa kuda untuk model hibrid masih lagi belum dideedahkan.
 

Shanhai


Dari segi dimensi, Shanhai Cannon membawakan ukuran sepanjang 5,440 mm, lebar 1,991 mm, tinggi 1,924 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,350 mm.

Ini bermakna, dimensi Shanhai Cannon adalah sedikit besar berbanding trak pikap Ranger generasi baharu mempunyai ukuran dimensi 5,370 mm, lebar 1,918 mm, tinggi 1,884 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,270 mm.

Selain itu, Shanhai Cannon ini mempunyai dimensi bed belakang yang besar dengan ukuran 1,500 mm, lebar 1,520 mm, kedalaman 500 mm dan didatangkan dengan bukaan pintu tailgate yang unik.
 

Shanhai


Sebagai sebuah trak pikap yang paling mewah oleh Great Wall, Shanhai Cannon membawakan ciri seperti skrin sentuh besar, skrin kluster digital, kemasan dalaman dua tona dan aksen kayu, serta tempat duduk baris kedua larasan elektrik!

Harga jualan serta spesifikasi penuh dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira tiga tahun yang lalu, syarikat automotif China itu tampil dengan sebuah platform modular…
Berita Domestik
Pengunjung dan pembeli berpotensi bukan sahaja boleh melihat dengan lebih dekat, malah boleh juga…
Berita Global
Sehingga hari ini kami masih tidak pasti berapakah jumlah sebenar pengeluar automotif yang bertapak…