Great Wall Motor sasar peningkatan jualan 50% tahun ini di Thailand

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Great Wall Motor (GWM) mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 50 peratus di Thailand berbanding jumlah jualan tahun lalu (11,616 unit) dan akan melancarkan barisan model yang dipasang secara CKD di Thailand menjelang 2024.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Menurut laporan Nikkei Asia, jumlah jualan untuk GWM dalam tahun 2022 sendiri adalah peningkatan tiga kali ganda dari jualan tahun 2021.

GWM mengunjurkan jualan sebanyak 18,000 unit untuk tahun 2023 dan akan melancarkan lima model EV baharu serta model-model hibrid untuk pasaran Thailand.

Satu pertiga dari jumlah jualan GWM tahun lalu di negara itu ialah dari model Ora Good Cat. Model EV itu juga adalah kenderaan EV terlaris Thailand dengan pegangan pasaran sebanyak 39 peratus.

 

2

 

Jualan model itu di Thailand kini digantung sementara kerana masalah kelewatan penghantaran tetapi akan dibuka semula untuk tempahan.

GWM telah melabur sebanyak US$675 juta untuk renovasi kilang yang dibeli dari GM dalam tahun 2020. Model Good Cat itu akan mula dipasang di kilang tersebut dalam suku Januari-Mac tahun 2024.

GWM menggunakan Thailand untuk menjadi hab pengeluaran kenderaannya bagi pasaran Asia Tenggara, walaupun GWM sebenarnya sudah melakukan melakukan projek CKD di Kulim, Kedah lebih awal lagi.

 

Sumber: Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Domestik
Pelanggan yang menempah model hatchback elektrik ORA Good Cat dalam warna terpilih bulan ini akan…
Berita Global
Perlantikan Vudhigorn amat penting dalam memupuk pertumbuhan perniagaan GWM dalam pasaran utama…