Great Wall Motor Malaysia beroperasi secara rasmi, tema "Go With Malaysia"

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 5 Julai 2022 menandakan detik penting buat syarikat China Great Wall Corporation di mana mereka kini berjaya menubuhkan anak syarikat di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd merupakan anak syarikat penuh milik Great Wall Motor Co. Ltd yang akan bertanggungjawab melaksanakan perniagaan secara menyeluruh di pasaran Malaysia.

Majlis perasmian tersebut telah diadakan di Menara Binjai, Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia, Cui Anqi; wakil kedutaan China di Malaysia, wakil Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), serta wakil industri perbankan tempatan.
 

Ora


Turut dipamerkan adalah kenderaan elektrik Ora Good Cat yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana penampilan luaran yang mewah dan pilihan warna menarik itu dijangka mampu mencetuskan trend baharu di dalam industri automotif tempatan.

Di bawah Great Wall Motor Malaysia, Great Wall akan mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak kenderaan di dalam segmen retro, SUV bandar, SUV lasak, trak pikap dan banyak lagi bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi Great Wall Motor Malaysia di https://www.gwm.com.cn/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GWM sentiasa komited untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman memandu terbaik dan perkhidmatan…
Berita Domestik
Jabatan yang berkaitan di bawah MITI akan mengkaji corak penggunaan harian kereta elektrik itu,…