Great Wall lancar kereta elektrik paling murah - ORA R1, RM36k selepas subsidi!

oleh Mohamad Hanif|
Great Wall Motor telah memperkenalkan kenderaan elektrik baharu di bawah jenama elektrik baharu yang digelar sebagai ORA.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

ORA R1 ini merupakan kereta hatchback yang dilengkapi dengan motor elektrik tunggal berkuasa 35 kW dan kelajuan maksimum 100 km/j yang dikhususkan untuk kegunaan bandar sahaja. 

Dengan saiz dimensi yang kecil itu, ia mapu bergerak sejauh 312 km mengikut kiraan NEDC, manakala mengikut jarak operasi dunia sebenar, ia mampu mencecah jarak sehingga 241 km untuk sekali pengecasan penuh. 
 


Great Wall meletakkan harga jualan yang sangat kompetitif, bermula dari RMB 59,800 (RM36,130++ mengikut kadar pertukaran matawang semasa) untuk varian asas manakala versi premium pula mencecah harga sehingga RM 77,800 (RM47k++) selepas subsidi yang diberikan oleh kerajaan China. 

Menurut Great Wall, ORA R1 kini hanya dikhususkan untuk pasaran China, namun mereka mempunyai perancangan untuk membawa kereta elektrik comel ini ke pasaran global dalam masa terdekat. 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…