Great Wall buka kilang pintar di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif China, Great Wall Motor menjadikan Thailand sebagai lokasi pertama kilang pintar mereka di Asia Tenggara dalam usaha untuk meningkatkan jualan di pasaran antarabangsa.

Menurut laporan daripada Bangkok Post, Great Wall akan menggunakan fasiliti yang ditinggalkan oleh General Motors (GM) untuk menghasilkan SUV berjenama HAVAL.

GWM sebelum ini mengumumkan pelaburan bernilai 22 billion baht untuk menaiktaraf kilang, menyediakan produksi kenderaan elektrik (EV) serta perniagaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Kilang pintar tersebut hanya mengambil masa kira-kira tujuh bulan untuk disempurnakan sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 9 Jun ini.

Tambah laporan itu lagi, GWM turut membawa teknologi produksi yang canggih termasuklah teknologi trenkuasa, sistem produksi automatik, kepintaran buatan dan teknologi robotik dari China.

Kilang Rayong itu bakal mempunyai kapasiti produksi sekitar 80,000 unit per tahun dengan 60 peratus diperuntukkan untuk pasaran domestik dan bakal menjadi pengkalan pengeluaran bagi kenderaan pemanduan sebelah kanan.

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, wakil kedua-dua syarikat automotif itu tidak mahu memberikan sebarang komen.…
Berita Global
Xiomi, antara syarikat pembuat telefon pintar terbesar dunia dikatakan sudah memulakan perbincangan…
Berita Global
Tindakan itu dilakukan untuk memastikan julat keuntungan GM mencapai lingkungan US$2 billion…