Grand Tour mungkin akan "tour" UK sahaja

oleh HEZERI SAMSURI|
Episod terbaharu siri TV Grand Tour yang dibintangi oleh Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May telah ditunda kerana pandemik Covid-19.

Namun begitu, berita terkini nampaknya akan memberi perubahan kepada siri popular tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Episod Grand Tour yang telah dilakukan di Madagascar akan ditayangkan pada penghujung tahun ini sementara episod seterusnya yang dirancang untuk dibuat di utara Rusia kemungkinan besar akan dibatakan.

Ini ialah kerana larangan perjalanan serta peningkatan kes-kes Covid-19.

James May berkata konsep Grand Tour mungkin perlu diubah untuk masa terdekat dan penggambaraan perlu dilakukan di dalam UK sahaja.

"Kami perlu menerima hakikat bahawa sekiranya anda tinggal di UK atau di US, Kemboja dan Afrika adalah lokasi-lokasi yang eksotik," katanya kepada GT Nation.

"Tetapi untuk peminat-peminat di kedua-dua negara itu, Ireland adalah eksotik!"

Ketiga-tiga pengacara itu memang sering melakukan penggambaran di Britain sahaja ketika mereka berada di bawah payung TopGear.

Apapun lokasi mereka, peminat-peminat mereka yakin ia akan tetap mengujakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana…
Berita Global
Kereta yang dimaksudkan adalah BMW 3.0 CSL, di mana Jeremy Clarkson mendedahkan beliau menjual…