Grand Prix Australia - tanda jelas Ferrari mempunyai masalah

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan pembuka tirai Formula 1 2019, Grand Prix Australia menjadi petanda pasukan Kuda Merah, Ferrari mempunyai masalah.

Walaupun Ferrari mencatat masa terpantas semasa ujian musim sejuk di Barcelona, keputusan di Australia sangat mengecewakan kerana Sebastian Vettel dan Charles Leclerc hanya mampu berada di tempat keempat dan kelima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Vettel sebenarnya sudah mula merungut sejak hari Jumaat lalu, mengatakan beliau "tidak selesa" dengan keretanya.

Beliau walaubagaimanapun masih mampu mencatat masa ketiga terpantas semasa perlumbaan kelayakan keesokan harinya.

Dalam perlumbaan tadi (Ahad 17 Mac), Vettel masuk ke pit lebih awal untuk menukar tayar dari kompaun lembut kepada tayar kompaun sederhana.

 

 

"Saya rasa penukaran tayar itu berlaku terlalu awal di dalam perlumbaan dan saya mempunyai masalah untuk mengawal kereta itu," ujar Vettel.

Dalam pusingan-pusingan akhir perlumbaan itu, Vettel diarahkan untuk mengekalkan tempat keempat.

Rakan sepasukannya, Leclerc diarahkan untuk duduk di belakang Vettel.

Walaupun strategi dikatakan punca Ferrari suram di Australia, kritikan mengenai Ferrari itu lembab di selekoh masih tidak dapat dijawab.

Ketua pasukan, Mattia Binotto berkata mereka gagal mencari keseimbangan yang sempurna untuk kereta-kereta mereka.

 

 

"Kami sudah berusaha sejak Jumaat lalu dengan menggunakan pelbagai variasi set-up tetapi tetap gagal menjumpai keseimbangan yang dicari," terangnya.

"Minggu ini kami tidak dapat mempamerkan kebolehan sebenar kenderaan kami. Kami pasti potensi pasukan ini jauh lebih besar dan akan dibuktikan di dalam perlumbaan seterusnya di Bahrain," sambung Binotto.

Ferrari sebenarnya sangat berharap tahun ini kereta-kereta lumba mereka sudah bersedia untuk "membaham" Mercedes-Benz-Petronas itu.

Jika anda mahu merasakan penambahan kuasa pada kenderaan anda, Careta mencadangkan agar anda mencuba bahan api terbaharu dari Petronas, Primax 95 dengan Pro-Drive.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…