Grand Cherokee berperisai boleh ditempah terus dari kilang Jeep!

oleh Mohamad Hanif|
Memetik laporan daripada BBC bertarih Julai 2020, tahun 2020 bakal mencatatkan sejarah sebagai tahun paling berdarah di dalam sejarah Mexico, dimana pada bulan Jun sahaja lebih 117 kes pembunuhan dicatatkan dalam masa 24 jam!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan kadar jenayah yang tinggi di Mexico, anda perlu memiliki paling tidak sebuah kereta berperisai untuk memastikan tahap keselamatan ketika sedang berkelana di negara tersebut.

 


Salah satu pilihan yang ada adalah Jeep Grand Cherokee berperisai yang boleh ditempah secara terus dari kilang Jeep, di mana setakat 2 Oktober 2020, Jeep sudah pun menghasilkan kira-kira 1,000 unit SUV berperisai.

Dihasilkan di kilang Jefferson North Assembly Plant di Detroit, Jeep memasang beberapa komponen penting seperti pelindung perimeter keluli balistik untuk perlindungan bahagian atas, serta penggunaan bahan polivinil berlapis setebal 19 mm menggantikan peranan gelas kaca.

 


Selain daripada itu, bahagian panel bawah mendapat bahan anti-bom tangan, perlindungan terhadap enjin dan tingkap, pengukuhan terhadap rangka dan suspensi, serta tayar jenis run-flat.

Untuk mencapai penarafan NIJ-IIIA dari US Department of Justice, Jeep Grand Cherokee ini perlu bertahan lima pusingan peluru .44 Magnum dari barrel sepanjang 5.5 inci, dan lima butir peluru dari submesingan 9 mm dengan barrel sepanjang sekurang-kurangnya 9.5 inci.

DOJ Amerika Syarikat menyifatkan penarafan NIJ-IIIA ini adalah mencukupi untuk bertahan daripada kebanyakan serangan dan ancaman pistol tangan.

 


Proses pengesahan perlindungan ini dibuat di Mexico dan disahkan oleh Engineering Department of FCA dan German Shields.

Jeep Grand Cherokee berperisai ini dikuasakan oleh enjin 5.7 liter V8 yang menghasilkan 360 kuasa kuda dan 520 Nm, transmisi automatik lapan kelajuan, serta keupayaan off-road terima kasih kepada komponen Quadra-Trac II, dan sistem pacuan 4x4 sepenuh masa.

Harga jualan Jeep Grand Cherokee ini bermula dari 1,850,900 pesos (RM360,904).

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun ia sebuah jentera yang pantas, anda juga perlu berkompromi dalam banyak benda, termasuklah…
Berita Global
Trackhawk - ingat nama ini. Nama ini akan mengingatkan anda pada pertama kali anda terbaca tentang…