Gracshaw Off-Road untuk tunggangan lasak

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Tulang yang retak atau patah akan sembuh, namun otak anda tidak sebegitu cenderung untuk pulih selepas hentakan kuat pada kepala. Jangan menunggang memakai topi keledar motocross yang tidak bersaiz betul, atau yang lebih daripada lima tahun, telah terlibat dalam kemalangan atau kelihatan lusuh dan koyak. Jika anda terpaksa mengurangkan bajet, utamakan topi keledar anda sebagai peralatan utama untuk dibeli sebelum benda benda lain. Pun begitu, topi keledar yang paling mahal tak semestinya yang paling baik. Malah, topi keledar  terbaik adalah yang paling sesuai dengan anda dan membolehkan anda untuk menunggang dengan selesa tanpa menghalang penglihatan atau teknik tunggangan anda. img_0021 Bagi penggemar sukan lasak motocross, topi keledar atau helmet motocross mungkin salah satu peralatan keselamatan yang perlu anda pertimbangkan untuk dibeli setiap beberapa tahun. Ini adalah kerana pendekatan yang paling penting yang anda boleh ambil ketika menunggang adalah untuk melindungi kepala anda dengan ciri-ciri terkini teknologi dan keselamatan perlindungan kepala. nrp_9278 Topi keledar Gracshaw Off-Road Helmet dibuat khusus untuk memenuhi keperluan tunggangan motocross. Gracshaw kini menawarkan topi keledar motocross Model G8008 yang dibina dengan kulit luar atau cengkerang dari bahan ABS. Lapisan dalamannya dibuat dengan bahan fabrik mudah kering dan selesa dengan rawatan higenik atau nyahkuman. Pelapik dalaman ini boleh ditanggal keseluruhannya untuk dibasuh dan dibersihkan jika perlu, begitu juga dengan pelapik pipi dan ia turut dilengkapi bukaan berpandangan luas yang begitu penting untuk tunggangan motocross. img_0021 Helmet Gracshaw G8008 ini boleh didapati dalam saiz  L (59-60 cm) dan juga XL (61-62 cm). Ia dilengkapi sistem ikatan Pelepasan cepat (Quick Release Buckle) agar mudah dipakai dan juga dibuka. Topi keledar ini menepati piawaian Malaysia Standards MS 1:1996 Ia nya seberat 1600 g +/- 50g. Kunjung pengedar Gracshaw terdekat untuk melihat sendiri topi keledar menarik ini. nrp_9279 nrp_9276 img_0019 img_0020 img_0022 img_0016