GrabAssist Plus - khidmat seru pandu untuk pengguna kerusi roda di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Antara kekurangan yang nyata kebanyakan perkhidmatan teksi dan seru-pandu pada ketika ini adalah rekaan kenderaan yang tidak mesra OKU, terutama pengguna kerusi roda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Oleh sebab itu, Grab baru-baru ini melancarkan perkhidmatan khusus untuk golongan pengguna kerusi roda di Singapura, dinamakan sebagai GrabAssist Plus.

Dengan pengenalan ciri baharu ini, ia membolehkan pengguna kerusi roda untuk melakukan perjalanan (seperti contoh ke pusat perubatan) tanpa perlu beralih daripada kerusi roda.

Perkhidmatan GrabAssist Plus ini akan bekerjasama dengan SMRT Taxi, di mana ia akan menggunakan 10 unit kenderaan sebagai projek perintis bermula 8 Februari ini.

Grab juga akan memastikan kesemua pemandu yang berdaftar di bawah program ini akan dilatih oleh pusat perjagaan bertauliah sebelum dibenarkan memberikan bantuan kepada penumpang.

Perkhidmatan ini adalah satu kesinambungan daripada program GrabAssist, namun program terdahulu memerlukan penumpang turun dari kerusi roda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Sumber: Grab