Grab sarankan dua langkah mudah elak waktu menunggu yang lama

oleh Mohamad Hanif|
Bermula Jumaat ini (12 Julai), kesemua pemandu perkhidmatan aplikasi seru-pandu (e-hailing) diwajibkan untuk memiliki lesen PSV, dan berdasarkan laporan lalu, masih ramai yang belum berbuat demikian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, segelintir pengguna aplikasi seru-pandu bakal terjejas akibat pengurangan pemandu di atas jalan, selain mengalami masa menunggu yang agak lama. 

Walaupun Grab telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pemandunya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan, kemungkinan yang disebutkan diatas adalah tidak dapat dielakkan. 

Untuk sementara waktu, Grab menyarankan para pengguna untuk melakukan dua langkah berikut: 

1. Menempah kereta dengan lebih awal

Rancang perjalanan anda lebih awal berbanding kebiasaaan, terutama jika anda mempunyai penerbangan yang harus dikejar atau mesyuarat yang lebih penting. 

2. Manfaatkan masa bukan puncak

Mendapatkan perkhidmatan pada waktu puncak (7-9 pagi dan 5-8 malam) adakalanya mampu membuatkan anda hilang sabar. 

Jadi, biasakan diri untuk menempah kenderaan di luar waktu puncak bagi menyenangkan urusan anda. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 2,000 unit Nissan LEAF akan dibekalkan kepada Uber dengan spesifikasi pek bateri 40 kWh…
Berita Domestik
Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun seperti yang diumumkan, keputusan tersebut akan dimuktamadkan setelah kajian…