Grab rancang penyenaraian awam di Amerika Syarikat, nilai cecah RM164 billion!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Grab memang tidak asing lagi dikalangan pengguna Malaysia, dan mereka baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk melakukan penyenaraian awam di Amerika Syarikat tidak lama lagi.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menerusi kerjasama dengan Altimeter Growth Corp (AGC), penyenaraian awam Grab ini dijangka akan menjadi penawaran ekuiti terbesar di Amerika Syarikat yang hadir daripada syarikat Asia Tenggara.

Grab juga dilaporkan akan didagangkan di NASDAQ di bawah label GRAB dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Transasksi yang dicadangkan itu menilai Grab dengan nilai awal kira-kira $39.6 billion (RM164 billion), di mana Grab bukan sahaja menerima suntikan dana daripada Atimeter, malah ia turut mendapat sumber daripada beberapa buah pelabur antarabangsa, termasuklah Permodalan Nasional Berhad.

Meskipun wabak pandemik melanda dunia pada tahun 2020, Grab mencatatkan nilai transaksi bernilai $12.5 billon (RM51.68 billion) melepasi rekod yang dicatatkan untuk tempoh pra-pandemik,

 

sumber gambar: TunnelTime


Malah, Grab juga merupakan peneraju di Asia Tenggara dengan pegangan sebanyak 72 peratus di dalam kategori seru-pandu, 50 peratus untuk perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian dan 23 peratus untuk pembayaran dompet digital pada tahun 2020.

Sumber: Grab

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada The Edge Markets, selain daripada PETRONAS, beberapa syarikat lain turut…
Berita Domestik
MyCC memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan pada 18 Mei lepas melalui firma guaman…
Berita Global
Grab bercadang menggunakan dana suntikan pelabur-pelabur baharunya untuk membina rangkaian…