Grab mahu fokus ke pasaran Asia Tenggara

oleh HEZERI SAMSURI|
Grab, syarikat tech yang berpengkalan di Singapura mahu kekal fokus ke pasaran Asia Tenggara walaupun ia akan mula disenaraikan di pasaran bursa saham US.

Anthony Tan, CEO Grab berkata kepada Asia Nikkei Review ketika ditemuramah berkaitan cadangan Grab ke pasaran US.

Grab bercadang menggunakan dana suntikan pelabur-pelabur baharunya untuk membina rangkaian penghantaran paling kos efektif dan paling cekap dengan menggunakan peta-peta dan teknologi berkaitan pembayaran mobil, khidmat kewangan dan perbankan digital.

Grab akan bergabung dengan Altimeter Growth Corp dari US dan ia akan menjadikan nilai syarikat anak watan Malaysia itu kepada RM163.6 bilion.

Anthony berkata Asia Tenggara mempunyai jumlah penduduk dua kali ganda dari US tetapi adaptasi perkhidmatan online dan pembayaran elektronik masih rendah.

* Laporan dari Bernama

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada The Edge Markets, selain daripada PETRONAS, beberapa syarikat lain turut…
Berita Domestik
MyCC memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan pada 18 Mei lepas melalui firma guaman…
Berita Global
Menerusi kerjasama dengan Altimeter Growth Corp (AGC), penyenaraian awam Grab ini dijangka akan…