GRAB mahu disenaraikan di pasaran saham US dengan nilai US$40 bilion

oleh HEZERI SAMSURI|
GRAB Holdings, syarikat e-hailing dan p-hailing terbesar di Asia Tenggara berhasrat untuk disenaraikan di bursa saham US melalui penggabungan dengan sebuah syarikat di sana dengan pakej penyenaraian yang dijangka bernilai US$40 bilion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Reuters, dua sumber agensi itu berkata Grab dalam perbincangan dengan Altimeter Capital Management dari Silicon Valley tetapi Grab juga dikatakan sedang berbincang dengan beberapa syarikat lain.

Grab yang kini berpengkalan di Singapura dikatakan menjadi syarikat "start-up" Asia tenggara yang paling bernilai - melebihi US$ 16 bilion.

Pengasas Grab, Anthony Tan adalah dari keluarga Tan Chong di Malaysia dan beliau memulakan konsep e-hailing itu dengan MyTeksi, sebelum ditukar kepada Grab untuk menjadi pesaing kepada Uber Malaysia.

Grab berpindah ke Singapura atas permintaan pelaburnya setelah gagal mencari pelabur di dalam negara sendiri.

* Laporan penuh di Reuters.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…