Grab halang pemandu lihat destinasi penumpang?

oleh Mohamad Hanif|
Grab Filipina dikatakan akan memperkenalkan peraturan baru dengan tidak membenarkan pemandu-pemandu yang berdaftar melihat destinasi penumpang sebelum menerima permintaan mereka melalui aplikasi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Tindakan ini dilihat sebagai satu langkah pencegahan selepas menerima aduan terlalu banyak tempahan yang telah dibatalkan oleh pemandu itu sendiri.

Walaubagaimanapun, langkah ini dilihat hanya terpakai kepada 25 peratus pemandu Grab yang memperoleh kadar penerimaan yang terendah di Filipina bermula 27 April (Jumaat). 

Bagi mengelakkan tindakan sesetengah pemandu yang terlalu memilih penumpang, terdapat satu ciri baru yang membolehkan tempahan Grab diterima secara automatik oleh pemandu. 

Ciri terbaru ini tekah mula diuji di beberapa negara. 

Walaupun ia dalam peringkat ujian dan pemandu Grab mempunyai pilihan untuk menggunakan fungsi itu atau tidak, ia dilihat sebagai satu lagi cara mengurangkan masalah pemandu Grab yang memilih pelanggan.

 


Menurut Pengerusi Grab Filipina, Brian Cu berkata, pilihan untuk melihat destinasi penumpang itu hanya akan terlaksana pada waktu pagi bagi tujuan keselamatan dan perlindungan kepada para pemandu. 

Penumpang pula perlu memberikan info yang tepat serta mengesahkan identiti mereka sebelum menggunakan aplikasi Grab. 

Setakat ini, tiada kepastian bahawa pendekatan yang sama bakal diambil oleh pihak Grab dari negara yang lain. 

Pada pendapat Careta, perlu ada caj minimum jika pemandu Grab terpaksa memandu jauh untuk mengambil pelanggan yang mahu ke pusat membeli belah 500 meter jauh dari lokasi mereka. Ini ialah supaya ia tidak merugikan pemandu Grab.

Dalam masa yang sama, masih tidak ada progres untuk menghalalkan Grab ini dari kacamata undang-undang kerana akta yang digembar-gembur akan diolah untuk menerima perniagaan seperti itu.

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…