Grab dan MDEC lancar platform Trafik Terbuka di Malaysia

oleh Careta.my|
Grab Car dan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dengan kerjasama World Bank Group, kini telah memperkenalkan inisiatif  platform Trafik Terbuka di Malaysia. Malaysia merupakan negara kedua yang diberikan capaian kepada platform "OpenTraffic" selepas Filipina, yang menerimanya pada April 2016.

PIC 2

Inisiatif trafik terbuka ini bakal menyediakan data trafik daripada aliran data Sistem Kedudukan Global (GPS) Grab bertujuan untuk menangani masalah kesesakan trafik dan menambah baik tahap keselamatan di jalan raya. Agensi kerajaan negara boleh menggunakan data itu bagi meningkatkan sistem pengurusan trafik sedia ada seperti mengoptimumkan kawalan dan koordinasi lampu isyarat. Usaha Trafik Terbuka menyediakan agensi pengurusan trafik dan perancang bandar mengakses set data terbuka ini bagi membolehkan mereka menguruskan aliran trafik dengan lebih lancar, selain membantu membuat keputusan pelaburan berhubung infrastruktur pengangkutan tempatan. Disediakan tanpa kos kepada kerajaan menerusi lesen data terbuka, Trafik Terbuka menterjemahkan data GPS pemandu Grab kepada data trafik, bagi pemetaan kelajuan trafik untuk tujuan analisis corak kesesakan trafik dan jangka waktu perjalanan.

Sean Goh, Country Head of Grab Malaysia

“Di Grab, kami mengekalkan set data antara yang terbesar di rantau ini yang diperoleh daripada data GPS pemandu kami dari seluruh Asia Tenggara. Sebagai pelopor perkhidmatan perkongsian kenderaan rantau ini, kami ingin menyumbang dengan berkongsi data kami dan bekerjasama dengan agensi kerajaan tempatan untuk menjadikan pengangkutan lebih mudah dicapai oleh 620 juta orang di rantau ini” kata Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh,