Grab bakal ambil alih operasi Uber di Asia Tenggara?

oleh Afandi Che Muhamad|
Heboh desas-desus mengatakan bahawa operasi Uber di Asia Tenggara bakal diambil alih pesaing terdekatnya, Grab.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik Bloomberg dan Kr Asia sebagai berkata, spekulasi tersebut tercetus berikutan kedua-dua syarikat perkhidmatan e-hailing berkenaan berkongsi dana pelaburan sama daripada gergasi teknologi Jepun, Softbank.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Dara Khosrowshahi (gambar) berkata, firma tersebut akan meneruskan survival mengikut acuannya sendiri tanpa melibatkan campur tangan Grab.

"Kita sudah mendapat mandat daripada CEO Bahagian Penasihat Pelaburan SoftBank, Rajeev Misra supaya memfokuskan pada portfolio pasaran utama di Amerika Syarikat (AS).

"Selain AS, beberapa pasaran lain termasuk lah benua Eropah, Amerika Latin dan Australia," katanya dalam ucapan persidangan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini.

Tambah Dara, dia kurang bersetuju dengan arahan tersebut sebaliknya memilih untuk mengembangkan perkhidmatan berkenaan ke beberapa pasaran lain yang berpotensi.

Jelasnya, dia optimis Uber bakal meraih keuntungan menjelang tahun 2022 nanti.

Bagi memperoleh keuntungan, Uber perlu terlibat dalam penjualan saham perdana atau Initial Public Offering (IPO) bermula awal tahun depan (2019).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…