GR Yaris, Vios GR-Sport terima sambutan menggalakkan!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun baru sebulan sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia, dua buah model panas Toyota GR Yaris dan Vios GR-Sport ternyata menerima sambutan yang cukup memberangsangkan, di mana tempahan yang diterima melebihi jangkaan awal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Akio Takeyama selaku Naib Pengerusi UMW Toyota Motor dan Ketua Pegawai Permotoran Gazoo Racing berkata, "kami berasa amat gembira dengan sambutan terhadap model GR Yaris baharu ini.

"Model ini sedia untuk berlumba memandangkan ia dibangunkan dari awal mengikut regulasi antarabangsa yang ditetapkan oleh FIA. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh pemilik adalah memasang kelengkapan perlumbaan yang diperlukan dan GR Yaris sedia untuk berlumba!"

"Sebagai sebuah jentera yang sah digunakan atas jalan raya, mereka yang tidak menggunakannya di dalam sukan permotoran masih lagi mampu menikmati prestasi tinggi yang dihamburkan oleh enjin 1.6 liter turbo yang kini merupakan enjin paling ringan dan paling kecil pernah diproduksikan.

Untuk pasaran Malaysia, GR Yaris dibawa masuk sebanyak 200 unit sahaja daripada 25,000 unit satu dunia, dan kesemua 200 unit datang dengan pakej standard Performance Pack.

Untuk 65 pembeli terawal, UMW Toyota Motor menawarkan Early Bird Package yang merangkumi beg helmet eksklusif, model skala GR Yaris, dan peluang untuk menyertai GR Yaris Driving Experience 2021.

Sementara Vios GR-Sport pula merupakan varian baharu di dalam penawaran Vios dengan ciri berorientasikan prestasi dan talaan suspensi yang dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia.

Harga jualan untuk GR Yaris bermula dari RM299,000  manakala Vios GR-S pula bermula dari RM95,284 dan boleh didapati di pengedar rasmi UMW Toyota yang mempunyai GR Garage.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…