GR Yaris 'Morizo Selection' dilancarkan di Jepun - siap dengan perisian khas untuk pemanduan!

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Toyota telah melancarkan model hot hatch GR Yaris "Morizo Selection" yang menawarkan keupayaan untuk 'berevolusi bersama pemandu'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keupayaan yang dimaksudkan itu adalah pemasangan perisian khas pada GR Yaris "Morizo Selection" menerusi subsidiari langganan Kinto yang membolehkan setiap aspek pemanduan pada masa akan datang disesuaikan kepada pemandu termasuklah pengendalian, respons stereng dan pemberhentian.

 


Menerusi perisian ini juga, sistem akan memantau setiap data pemanduan yang ditunjukkan oleh pemandu dan membolehkan jentera cilik itu bersepadu dengan jiwa pemandunya.

Toyota GR Yaris "Morizo Selection" menggunakan asas daripada varian RZ yang lengkap dengan ciri seperti spray penyejukan intercooler, tayar Pilot Sport 4S, dan LSD serta menampilkan modifikasi visual yang diinspirasikan daripada ROOKIE Racing pada jahitan tempat duduk, spring gegelung dan penyerap hentak.

 


Kemasan lain seperi logo ROOKIE Racing juga boleh didapati pada rim, sementara emblem Morizo (nama samaran perlumbaan Akio Toyoda) diletakkan pada cermin hadapan.

Sebagai makluman, ROOKIE Racing merupakan pasukan perlumbaan bebas yang menggunakan jentera GR Yaris di dalam setiap perlumbaan, dan Morizo juga pernah memandu untuk pasukan itu sebelum ini.

 


Kos untuk mendapatkan perisian adalah sekitar 54,340 yen (RM2,045) menerusi langganan Kinto setiap bulan selama tiga tahun dan hanya ditawarkan untuk pengguna di pasaran Jepun sahaja.

Namun, pakej ini akan diuji terlebih dahulu oleh kumpulan pelanggan pertama yang sudi untuk menguji perisian "Morizo Selection" itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…