GR Yaris kini menyerang pasaran ASEAN - pelancaran rasmi di Thailand bulan hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak perlu lama menunggu selepas pelancaran rasmi di Jepun dan Eropah, Toyota akhirnya bersedia untuk membawa jentera pantas GR Yaris memasuki pasaran ASEAN.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada media negara jiran Headlightmag, Toyota GR Yaris akan dibawa masuk dan dipamerkan secara rasmi di acara Thailand International Motor Expo 2020 yang bakal berlangsung pada 1-3 Disember ini.

Serentak dengan itu, pihak Toyota Thailand juga akan turut membuka tempahan bagi mereka yang berminat dan proses penghantaran hanya akan dibuat bermula tahun 2021.

Sebagai makluman, Toyota GR Yaris sebenarnya merupakan sebuah model hot hatch yang dibangunkan daripada platform Yaris Eropah (TNGA-B), dengan sistem suspensi asal torsion beam diubah kepada sistem double wishbone.

 


Tidak seperti Yaris standard, ia hanya hadir dalam bentuk hatchback tiga pintu sahaja, dan untuk menjadikan GR Yaris ini lebih istimewa, pihak Gazoo Racing telah mendatangkan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo (272 PS/370 Nm), sistem transmisi manual dan pacuan semua roda GR-Four!

Berita lanjut hanya akan diketahui menjelang acara pembukaan Thailand International Motor Expo 2020 pada bulan hadapan.

 

 


Bagaimana pula dengan pasaran Malaysia?

Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, UMW Toyota dikhabarkan akan membawa masuk 100 unit GR Yaris untuk dijual secara rasmi, dan tarikh pelancarannya dijangka berlangsung pada tahun hadapan.

Baca: Toyota GR Yaris 2020 sah masuk Malaysia!

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…