'GR Yaris Jr.' ini asalnya sebuah Toyota iQ dengan enjin Kawasaki 208 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun unit homologasi GR Yaris dihasilkan sebanyak 25,000 unit, ia berjaya menjadi satu barang yang cukup popular di kalangan para 'petrolhead' di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Malaysia sendiri, kesemua 127 unit telah berjaya habis dijual dalam masa yang singkat, memperlihatkan potensi yang cukup besar pada sebuah hatchback pacuan empat roda ini.

Untuk mereka yang tidak sempat menyambar model ini, usah risau kerana terdapat cara untuk anda membeli 'replika' model ini.

Bukan sebuah diecast, akan tetapi sebuah Toyota iQ dengan muka GR Yaris, dan enjin daripada Kawasaki!
 

iQ


Difahamkan, 'GR Yaris Jr.' ini merupakan salah satu projek yang akan muncul secara rasmi di acara Tokyo Auto Salon 2022 pada Januari tahun depan.

Bermula dari sebuah Toyota iQ, pihak penala kemudian cuba menjadikannya sebagai sebuah GR Yaris dengan memasang unit lampu ori GR Yaris depan dan belakang, bampar kustom, fender yang menyerupai model asal, bonet gentian karbon, serta spoiler belakang.

Keempat-empat arka roda dipasangkan dengan rim baharu berwarna putih, dengan saiz tayar yang sedikit lebar pada gandar belakang.
 

iQ


Ruang kabin pula menempatkan sepasang tempat duduk perlumbaan jenis bucket, roda stereng tiga jejari Momo, serta kluster instrumen kustom.

Tempat duduk baris kedua pula telah dibuang bagi memberikan ruang kepada enjin Kawasaki bersesaran 1,441 cc yang mampu menghasilkan 208 hp dan 154 Nm dalam keadaan standard.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada gandar belakang menggunakan transmisi asal motosikal itu, iaitu sekuential enam nisbah kelajuan.

Sebagai perbandingan, GR Yaris dengan enjin tiga silinder 1.6 liter turbo itu mampu menghasilkan 261 PS dan 360 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan iMT dan sistem pacuan semua roda GR-Four.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…