GR Yaris bakal masuk Malaysia - 5 perkara yang perlu anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
Lahir dari dunia pengetahuan dan pengalaman di dalam perlumbaan rali, Toyota GR Yaris ternyata bukan calang-calang model yang diperkenalkan menerusi divisyen Gazoo Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun secara asasnya dibangunkan daripada platform Yaris Eropah, namun para jurutera berjaya menjadikan GR Yaris sesuatu yang lebih berbeza berbanding Yaris standard (ataupun Yaris Asia).

Berita baik buat para penggemar GR Yaris, rakan media Wapcar semalam melaporkan bahawa UMW Toyota telah pun bersedia untuk membawa masuk hot hatch versi homologasi jalanan GR Yaris untuk pasaran Malaysia.

 

1. GR Yaris, bukan biasa-biasa!


Seperti yang kita semua maklum, dalam dunia ini ada tiga jenis Yaris, iaitu Yaris pasaran Asia (Yaris Janna Nick), Yaris USA menggunakan platform Mazda2 dan juga Yaris Eropah daripada platform TNGA-B.

GR Yaris sebetulnya dibangunkan daripada platform Yaris Eropah (TNGA-B), namun sistem suspensi belakang telah berubah sepenuhnya daripada torsion beam kepada double wishbone.

 

2. Asas sudah tersedia kukuh


Untuk sebuah jentera rali beraksi dengan cemerlang, banyak perkara yang perlu diambil kira.

Sejak dari awal pembangunan GR Yaris, para jurutera turut mengambil kira sistem casis, sistem pacuan serta rangka badan yang bersesuaian bagi mencapai tahap aerodinamik yang dikehendaki oleh pasukan Gazoo Racing.

Oleh sebab itu, GR Yaris hadir dengan bentuk badan hatchback tiga pintu, dan bukan lima pintu seperti Yaris standard.

Dan disebabkan asas yang sudah tersedia sempurna, pasukan WRC Toyota tidak akan menghadapi masalah untuk membangunkan jentera rali untuk perlumbaan seterusnya.

 

3. Enjin tiga silinder paling berkuasa!


Khidmat enjin empat silinder sebaris tidak digunakan pada GR Yaris, sebaliknya enjin tiga silinder sebaris telah dimuatkan pada ruang enjin.

Nadi bersesaran 1.6 liter berkuasa turbo serba baharu dan kompak itu mampu menghamburkan 272 PS dan 370 Nm, menjadikan ia enjin tiga silinder paling berkuasa di di dunia!

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan 4WD GR-Four yang serba baharu menerusi transmisi Intelligent Manual Transmission (iMT) enam nisbah kelajuan dengan tiga mod pemanduan yang berbeza iaitu Normal (60:40), Sport (30:70) dan Track (50:50).

 

4. 100 unit untuk pasaran Malaysia


Berita baik, UMW Toyota Motor dikhabarkan telah pun berjaya mengunci kira-kira 100 unit homologasi jalanan WRC GR Yaris untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Mengikut laporan daripada Wapcar, GR Yaris akan mula mendarat di Malaysia seawal tahun 2021.

 

5. Harga? RM300k!


Ini satu perkara yang sangat menarik perhatian, kerana terdapat pihak menjangkakan harga jualan GR Yaris akan mencecah harga setinggi RM300,000.

Mahal?

Jika anda jenis yang suka membanding-bezakan antara jentera-jentera yang berada di dalam lingkungan harga tersebut seperti Renault Megane RS dan Honda Civic Type R, penulis yakin anda bukanlah golongan sasaran yang ditetapkan oleh Gazoo Racing.

GR Yaris lahir dari dunia rali, dan hanya mereka yang arif sahaja mengerti makna disebalik memiliki sebuah jentera homologasi jalanan daripada memiliki jentera yang sekadar pantas.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…