GR Supra dengan transmisi manual - bakal jadi realiti?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika awal pelancarannya, Toyota GR Supra memang sebuah kereta sports Jepun yang dinanti-nantikan, ditambah pula dengan ciri-ciri yang diminati ramai seperti pacuan roda belakang, enjin enam silinder sebaris dan bentuk yang sporti.
Modenas

Namun, satu kekurangan nyata terdapat pada GR Supra - ia hanya ditawarkan dalam transmisi automatik sahaja buat masa ini.

Cakap-cakap berkenaan Toyota Supra bertransmisi manual sebenarnya sudah pun lama timbul semenjak tahun lalu, dan menurut laporan terkini daripada penerbitan Jepun Mag X, hal ini berkemungkinan besar akan direalisasikan dalam masa terdekat.

Toyota telah pun menjalankan beberapa langkah bagi menarik minat umum terhadap Supra, dimulakan dengan pengenalan model asas dengan enjin empat silinder sebaris, serta naiktaraf kuasa untuk model tahun 2021.

Selain daripada itu, Toyota GR Supra bakal hadir dengan beberapa model edisi terhad, termasuklah model GRMN berprestasi tinggi serta versi transmisi manual!

Seperti penawaran pada kereta biasa, model Supra dengan transmisi manual berkemungkinan besar akan ditawarkan dalam varian asas, iaitu Supra bernadikan enjin empat silinder sebaris.

Satu lagi laporan daripada Best Car Web Jepun turut mencadangkan terdapat kemungkinan Supra bertransmisi manual akan hadir dalam versi Supra GRMN, dengan enjin enam silinder sebaris yang mampu menjana 500 kuasa kuda.

Andaian tersebut dibuat berdasarkan laporan di mana BMW M3 generasi baharu juga bakal ditawarkan dalam versi manual, selain transmisi klac berkembar automatik.

Sumber: Mag X, Best Car Web

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan salah seorang daripadanya adalah pengasas syarikat penala Top Secret, Smokey Nagata atau nama…
Model Terbaharu
Masih mengekalkan enjin asal enam silinder sebaris turbo 3.0 liter, angka output Toyota GR Supra…
Berita Global
Namun, tidak dapat dinafikan penampilan jentera tersebut kini menguasai sebilangan besar perlumbaan…