GR Ishho - maskot rasmi Toyota GR di UK

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai menghargai sokongan pelanggan terhadap barisan sporti, Toyota UK membawakan hadiah istimewa untuk setiap pembelian model-model GR (GR Supra, GR Yaris), serta model GR Sport (C-HR GR Sport dan Corolla GR Sport).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Patung plushy yang comel ini dinamakan sebagai GR Issho, di mana ia membawa maksud 'bersama-sama' dalam bahasa Jepun.
 

GR


Dimensi patung comel ini membolehkannya dimuatkan pada tempat pemegang cawan, atau di mana jua yang anda inginkan di dalam kereta-kereta sporti GR dan GR Sport.

Sayang sekali, penawaran ini hanya sah untuk pasaran UK sahaja, namun jika anda berminat mencari, laman web jualan eBay ada menyenaraikannya pada harga £10.99 (RM62.91).