GR GT Cup 2023: Taj Aiman muncul juara buat kali ketiga, bawa pulang RM25k

oleh Mohamad Hanif|
Acara perlumbaan simulasi GR GT Cup Malaysia 2023 baharu sahaja melabuhkan tirainya Ahad lepas bertempat di pusat membeli belah Sunway Pyramid dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM90,500.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam acara tersebut, Taj Izrin Aiman Taj Madira telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Dengan kemenangan ini, ia juga merangkap gelaran ketiga yang dicapai oleh Taj Izrin Aiman sejak acara perlumbaan tersebut diperkenalkan pada tahun 2018.

Menurut Taj Izrin Aiman, "acara ini sudah menjadi semakin sengit dengan kehadiran ramai pendatang baharu."
 

GR


Tempat kedua pula dimenangi oleh Dhanesh Wigneswaran di mana beliau menyifatkan kedudukan tersebut sebagai pencapaian terbaik beliau di dalam perlumbaan simulasi tersebut.

Beliau pertama kali menyertai GR GT Cup Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama GR Velocity E-Sports Championship) pada tahun 2019, dan pada tahun lepas Wigneswaran berjaya menduduki tangga keempat.

Di tempat ketiga pula jatuh kepada Chong Kai Chang, dimana pencapaian pada tahun ini merupakan yang terbaik pernah dirangkul bagi Chong yang turut sama mula berlumba pada tahun 2019.

Seramai 10 orang finalis telah dipilih daripada lebih 800 orang peserta, di mana acara yang berlangsung selama tiga hari itu bermula dengan penentuan suku akhir di kalangan 20 pelumba terbaik, sebelum 10 orang peserta terbaik dipilih untuk pusingan akhir.
 

GR


Selain daripada itu, hujung minggu di Sunway Pyramid turut dimeriahkan dengan acara perlumbaan melibatkan sembilan selebriti yang bertempur di dalam GAZOO Racing Vios Challenge, 10 orang pelumba terpantas daripada GR GT Cup Malaysia Campur Tour, serta perlumbaan khas di kalangan para pengamal media.