GP Valencia dibatalkan, lokasi dan tarikh baru akan dimaklumkan kemudian

oleh Penyumbang Rencana|
Pusingan penutup tirai MotoGP musim 2024 yang dijadual berlangsung di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol pada 15 hingga 17 November ini telah sah dibatalkan.

Perkembangan itu diumumkan oleh pemegang hak penganjuran perlumbaan berprestij itu, Dorna dengan keputusan diumumkan selepas mesyuarat di GP Malaysia, pada Jumaat.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Valencia berdepan bencana banjir teruk pada minggu ini yang bukan saja mengakibatkan kerosakan harta benda dan turut membabitkan kehilangan hampir 200 nyawa serta kemusnahan fasiliti termasuk Litar Ricardo Tormo.

Dorna kini perlu mencari lokasi gantian kepada Valencia.

Malaysia yang pada awalnya dikhabarnya menjadi salah satu calon pengganti difahamkan tidak berada dalam senarai Dorna.

Sejak bertahun-tahun, GP Valencia secara tradisinya menjadi destinasi pusingan penutup tirai MotoGP yang kebiasaannya menjadi penentu kepada kejuaraan dunia MotoGP.

NST

Berita Berkenaan

MotorGP
Malah, litar berkenaan pernah beberapa kali menerima anugerah Grand Prix terbaik. Litar itu masih…