GP Styria: Hafizh terpaksa lupakan!

oleh SALINA JALIL|
Hasrat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk beraksi di Grand Prix (GP) Styria hujung minggu ini tidak kesampaian apabila dia disahkan kurang cergas.

Melalui laman web rasmi pasukannya Inde Aspar Team, pelumba berusia 26 itu disahkan kurang cergas dan tidak akan beraksi bermula sesi latihan bebas hari ini hinggalah ke hari perlumbaan Ahad ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Hafizh Syahrin disahkan kurang cergas untuk perlumbaan GP Styria dan dia akan cuba kembali berlumba semula pada GP San Marino (13 September," kata pasukan berkenaan sambil berharap pelumba yang terkenal dengan gelaran Pescao itu agar segera sembuh dan meminta peminat sentiasa memberi sokongan kepadanya.

 

Semalam, Hafizh Syahrin mengakui perkembangan pemulihannya berjalan dengan baik dan cuba untuk melakukan segalanya sehingga membolehkan dia kembali ke litar secepat mungkin.

 

Dia mengakui tidak sabar untuk kembali ke Litar Red Bull Ring buat kali kedua walaupun pada aksi pertama berdepan detik mengerikan.

 

Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan hari ini ternyata tidak menyebelahinya.

 

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Berita Domestik
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku…
Informasi
Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas…