GP Malaysia dibatalkan, Hafizh Syahrin kecewa

oleh SALINA JALIL|
Pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual pada 22 hingga 24 Oktober ini memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.


Ini kerana menurut Hafizh yang menyertai NTS RW Racing GP musim ini, perlumbaan di Sepang itu sepatutnya bakal menyaksikan penampilan pertamanya bersama pasukan dan jentera baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau juga merindukan saat berlumba di laman sendiri selepas kali terakhir beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan pada musim 2019.


“Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana, kalau saya tiada di tahun hadapan mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia (bersaing) musim depan,” katanya dalam satu klip video kepada media pada Jumaat.

 

Susulan pembatalan perlumbaan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu turut hampa apabila terpaksa mengharungi perlumbaan berulang kali di Eropah selepas ketiadaan beberapa siri perlumbaan lain di Asia antaranya GP Jepun.

 

Sementara itu, Hafizh berkata, pembatalan GP Malaysia turut menyaksikan impian peminat melihat penampilan terakhir legenda MotoGP Valentino Rossi di Sepang sebelum bersara daripada sukan itu tidak kesampaian.

 

“Ramai peminat yang masih menyokong Valentino Rossi, yang nak tengok Valentino berlumba di Sepang buat kali terakhir,” katanya.

 

Perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

MotorGP
  Azhan mengakui bahawa jualan tiket yang sedikit perlahan sebelum ini telah bertambah baik sejak…
Berita Domestik
  "Welcome Home bukan hanya bermaksud mahu semua penonton hadir semula menyaksikan MotoGP di…
Sukan Bermotor
Musim perlumbaan tahun lalu menyaksikan pasukan tersebut berjaya menjadi Top Independent Team yang…