GP Jepun dibatalkan, kalendar baharu kejuaraan motosikal dunia diubah

oleh SALINA JALIL|
Musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2020 terpaksa melupakan satu lagi pusingan perlumbaan apabila Grand Prix (GP) Jepun dibatalkan kelmarin.


Sebelum ini, 11 pusingan perlumbaan musim diputuskan untuk ditunda atau dibatalkan susulan pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Promoter kejuaraan, Dorna ketika ini sedang menunggu kelulusan kerajaan Sepanyol untuk memulakan kembali musim yang terganggu dengan perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez pada 19 dan 26 Julai ini.

 

Selain daripada aksi berganda di Jerez, tiga lagi perlumbaan - di Perancis, Itali dan Catalonia - juga sedang menunggu pengesahan untuk memasuki slot musim yang membuka tirai 2020 di Qatar, Mac lalu.

 

Jadual yang dikemaskini:

19 Julai: GP Sepanyol di Jerez (akan dimaklumkan nanti)

26 Julai: GP Andalusia di Jerez (akan dimaklumkan nanti)

9 Ogos: GP Republik Czech di Brno (Republik Czech)

16 Ogos: GP Austria di Red Bull Ring, Spielberg

13 September: GP San Marino di Misano

27 September: GP Aragon di Alcaniz

4 Oktober: GP Thailand di Buriram

1 November: GP Malaysia di Sepang

15 November: GP Amerika Syarikat di Austin, Texas

22 November: GP Argentina di Termas di Rio Hondo

29 November: GP Valencia di Litar Ricardo Tormo

 

Perlumbaan yang dibatalkan:

GP Qatar di Losail (kelas MotoGP)

GP Jerman di Sachsenring

GP Belanda di Assen

GP Finland di KymiRing

GP British di Silverstone,

GP Jepun di Motegi  

GP Australia di Phillip Island

 

 

 

 

- AFP