GP Arab Saudi - Kos baiki kereta Mick Schumacher RM4.2 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar dari motorsport
Kemalangan besar yang menimpa Mick Schumacher semasa sesi kelayakan Grand Prix (GP) Arab Saudi boleh menyebabkan pasukan Haas menanggung kerugian sehingga AS$1 juta (RM4.2 juta).


Schumacher, anak kepada legenda juara dunia F1 tujuh kali, Michael, dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan selepas terbabit kemalangan yang teruk apabila dia hilang kawalan ke atas jenteranya dan merempuh penghadang tepi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pemandu Jerman itu kemudian disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun tidak beraksi pada hari perlumbaan di Jeddah.

 

Haas mendedahkan siasatan awal mendapati hanya casis dan enjin adalah bahagian utama yang tidak terjejas dalam kemalangan berkelajuan tinggi itu yang hampir menyebabkan jentera VF-22 Schumacher terbelah dua.

 

"Casis itu nampaknya tidak rosak. Untuk enjin pula, saya dimaklumkan oleh Ferrari ia nampak OK. Tetapi yang lain mengalami kerosakan," kata ketua pasukan Haas, Guenther Steiner.

 

Ditanya anggaran kos untuk membaiki jentera berkenaan, Steiner berkata: "Saya rasa kosnya masih agak tinggi kerana banyak yang rosak.

 

"Saya belum pasti lagi berapakah jumlahnya tetapi melihat kerosakan pada kotak gear dan keseluruhan bahagian yang rosak, ia dianggarkan antara $500,000 (RM2.1 juta) hingga $1 juta (RM4.2 juta)."

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba Red Bull itu yang sebelum ini dikecewakan dengan aksi cukup memilukan di GP Bahrain Ahad…