GOWES - aplikasi perkongsian basikal dilancarkan di Jakarta

oleh Mohamad Hanif|
Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Uno telah merasmikan pelancaran aplikasi perkongsian basikal yang dinamakan "GOWES" di National Monument Park (Monas), Jakarta Sentral.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aplikasi GOWES tersebut diperkenalkan kepada para pengunjung taman monumen tersebut yang ingin menunggang basikal mengelilingi taman itu secara percuma. 
 


Servis perkhidmatan basikal percuma itu mendapat kerjasama di antara pihak pentadbir Jakarta, Institute for Transportation and Development Policy (ITDP) dan juga pembangun aplikasi GOWES itu sendiri, PT Surya Teknologi Perkasa. 

Menurut Sandiaga, aplikasi perkongsian itu akan menjalani ujian permulaan selama tiga bulan sebelum diperkenalkan secara meluas di dalam ibu negara Indonesia itu dengan sasaran sebanyak 1 juta pengguna untuk sehari. 

Muat turun aplikasi GOWES terdapat pada kedua-dua platform Android dan iOS. 

GOWES untuk Android

GOWES untuk iOS