Sensor sebesar 23MP membolehkan Hero10 Black merakam video pada resolusi maksimum 5.3K/60fps, serta sokongan rakaman gerak perlahan 4X (4K/120fps) dan 8X (2.7K/240fps).

Penggunaan cip pemprosesan GP2 baharu pula membenarkan rakaman kualiti yang lebih tinggi dan stabil, selain meningkatkan prestasi terutama ketika penggambaran kurang cahaya, dan memastikan operasi kamera lebih lancar.
Antara ciri lain termasuklah pelindung lensa serba baharu, keupayaan untuk membuat siaran langsung pada kualiti 1080p, tiga unit mikrofon dengan sistem pengurangan kebisingan angin, kalis air sedalam 10 meter dan bateri boleh dicabut berkapasiti 1,720 mAh.

Menurut laporan daripada rakan media Amanz, GoPro Hero10 Black sudah boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM2,399.