Kini, fungsi carian laluan yang sama diperkenalkan pula di Eropah, serta tampil dengan beberapa ciri baharu.
Ciri yang dilancarkan di Jerman buat kali pertama pada bulan lalu kini tersedia di semua 40 buah negara di benua Eropah, termasuklah Perancis, Ireland, Poland, Sepanyol dan UK.
Google menggunakan data daripada Makmal Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional (NREL) di bawah naungan Kementerian Tenaga Amerika Syarikat dan Agensi Alam Sekitar Eropah, serta data trend yang dikumpulkannya sendiri untuk menentukan laluan mana yang menjimatkan bahan api.
Pengguna di Eropah juga boleh memilih jenis kenderaan untuk mendapatkan laluan yang lebih efisien, seperti petrol, diesel, elektrik ataupun hibrid.
Google juga turut menyediakan ciri baharu untuk para pengguna EV.
Dengan hanya menaip "EV charging station", aplikasi Google Maps itu akan memaparkan butiran terperinci seperti lokasi yang berdekatan, kelajuan pengecasan, serta jenis port pengecasan yang tersedia.