Google Maps mula papar lokasi perangkap halaju; sayang Malaysia belum lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
Google Maps sudah memulakan fungsi-fungsi baharu yang membuatkan ia lebih praktikal.

Aplikasi popular itu kini mampu berkongsi halaju maksimum untuk jalanraya di mana anda berada dan juga lokasi serta informasi berkaitan kemalangan jalanraya, kamera perangkap halaju dan kamera lampu trafik.

Selain dari halaju jalanraya, informasi yang lain akan dikongsi oleh pengguna-pengguna Google Maps yang lain (seperti Waze).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Google Maps kemudian akan menggunakan fungsi audio untuk memberitahu pemandu tentang keadaan trafik di hadadan.

Pengguna juga boleh berkongsi lokasi kamera perangkap halaju dan ia akan ditunjukan di dalam peta.

Buat masa sekarang, lebih dari 40 negara di seluruh dunia sudah menikmati faedah terbaharu ini.

Antaranya ialah semua negeri di US dan diikuti oleh negara-negara Andorra, Australia, Brazil, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Canada, Croatia, Czechia, Estonia, Finland, Greece, Hungary, Iceland, India, Italy, Japan, Jordan, Kuwait, Latvia, Lithuania, Malta, Mexico, Morocco, Namibia, Netherlands, Norway, Oman, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Slovakia, South Africa, Spain, Sweden, Tunisia, The U.K. dan Zimbabwe. 

Nampaknya Asia masih tidak lagi menerima update ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…