Google Maps kini papar lokasi stesen pengecasan EV pada Android Auto untuk semua pengguna

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik kereta elektrik kini boleh memanfaatkan fungsi terbaharu yang diperkenalkan oleh Google pada sistem navigasi Google Maps ketika menggunakan Android Auto pada EV mereka.

Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan stesen minyak, selain fungsi tapisan untuk pilihan pengecasan pantas dan jenis pemalam/nozel yang digunakan.

Selain itu, pengguna Google Maps juga boleh melihat ketersediaan fasiliti pengecasan dalam masa nyata untuk mengurangkan tempoh menunggu.

Akhir sekali, untuk mana-mana perjalanan yang memerlukan pengecasan di tengah jalan, Google Maps akan mencadangkan laluan terbaik berdasarkan kapasiti bateri semasa, kadar penggunaan tenaga serta aliran trafik semasa.
 

XC40


Ciri yang disebutkan di atas sebenarnya telah pun ditawarkan pada model-model EV yang menggunakan perisian Google termasuklah Polestar 2 dan Volvo XC40 Recharge Pure Electric.

Baca: Pandu Uji Ringkas Volvo XC40 Recharge Pure Electric

Berita Berkenaan

Berita Global
Ciri ini dikuasakan oleh model AI Gemini milik Google dan kini mula diperkenalkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Tuju merupakan aplikasi yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Ia ditawarkan…
Berita Global
Selain berfungsi sebagai navigasi, ia turut menunjukkan informasi semasa tentang keadaan trafik…