Google Maps akhirnya ada fungsi Street View untuk telefon pintar

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam kehidupan hari ini aplikasi navigasi sudah menjadi sebati. Ia banyak memudahkan kehidupan harian dalam menuju ke satu-satu destinasi atau membuat perancangan perjalanan.

Aplikasi navigasi juga sebahagian daripada ekonomi baharu melalui khidmat perkongsian kenderaan dan pengantaran makanan.

Di antara aplikasi navigasi pilihan pengguna hari ini ialah Google Maps dan ia boleh diibaratkan sebagai ibu kepada aplikasi navigasi dek kerana keupayaannya yang pelbagai dan pemetaan lengkap.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Google Street View

 

Aplikasi Google Maps rasa lebih lengkap apabila dilayari menggunakan komputer peribadi atau komputer riba. Satu sebab ialah kerana ia mempunyai fungsi Street View yang membolehkan pengguna menyaksikan kawasan persekitaran menggunakan imej rakaman.

Sewaktu diperkenalkan beberapa tahun dahulu, fungsi Street View begitu popular dan ramai mencuba bagi mengetahui ketepatan sebenar atau sekadar ingin tahu kawasan yang diteroka.

Fungsi ini juga banyak membantu dalam menggambarkan keadaan sebenar kawasan tertentu dan memudahkan pengecaman pemandangan atau objek sekeliling apabila merancang perjalanan.

Cuma satu perkara tentang Street View ialah tidak disekalikan di dalam aplikasi Google Maps untuk telefon pintar. Itu dahulu dan berita gembira buat pengguna apabila Google telah menyertakan sekali fungsi Street View di dalam aplikasi Google Maps.

 

Google Street View

 

Penulis telah mencuba fungsi tersebut dan operasinya lancar tanpa lag. Caranya mudah sahaja, buka aplikasi Google Maps seperti biasa dan masukkan destinasi yang dituju.

Apabila lokasi tersebut dipaparkan, imej berbentuk empat segi akan muncul pada sudut bawah sebelah kiri. Klik sahaja pada imej tersebut dan paparan Street View akan muncul. 

Untuk meneroka kawasan sekitar terdapat garisan biru di atas jalan raya, ikuti garis tersebut dan anda berupaya menikmati pemandangan sekeliling dalam bentuk 360 darjah. 

Setakat ini fungsi Street View hanya disediakan buat pengguna sistem operasi Android, pengguna iOS perlu bersabar sebelum Google menyediakannya pada kemudian hari.

Kredit berita asal: BGR.com

Kredit foto: Google

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…