Google Map bakal papar harga tol

oleh HEZERI SAMSURI|
Ada tiga perkara yang mungkin anda tidak tahu - Google Map dan Waze sebenarnya dimiliki oleh Google, cara menyebut Google ialah gu-gel, bukan go-gel dan ada yang memanggil Waze itu wa-zi. 

Waze memang menjadi pilihan ramai kerana ia menggunakan informasi semasa yang disumbang sendiri oleh pengguna. Ia memang sistem navigasi terbaik untuk mengetahui jalanraya mana yang sesak, di mana ada perangkap halaju dan jika anda suka, karektor berbentuk sperma anda boleh "naik-pangkat" mengikut sumbangan informasi anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, untuk yang mahukan sistem navigasi yang lebih mesra data dan tidak berserabut, Google Map adalah lebih sesuai.

Sayangnya, ia tidak mempunyai fungsi sebanyak Waze. Untuk penulis, Google Map menjadi pilihan untuk nagivasi di dalam kawasan padat seperti di bandar, dan Waze untuk perjalanan jauh kerana mampu memberikan amaran perangkap halaju.

Google baru-baru ini diberitakan akan menambah satu lagi fungsi yang diambil dari Waze kepada Google Map. Fungsi jumlah tol yang perlu dibayar ini membantu kerana kita tahu kos perjalanan dengan lebih tepat dan kita boleh memilih laluan dengan harga yang paling ekonomikal.

Buat masa sekarang, fungsi ini masih dalam ujian dan kami pasti ia akan muncul dalam masa terdekat ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…