Google labur RM389.5 juta untuk Go-Jek

oleh Afandi Che Muhamad|
Semalam merupakan hari bersejarah bagi perkhidmatan ride-hailing Indonesia, Go-Jek apabila gergasi enjin carian internet, Google memilih untuk menyuntik dana pelaburan mencecah AS$100 juta (RM389.5j) bagi tujuan pembangunan servis dan pembayaran digital aplikasi berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan akhbar The Edge Financial Daily hari ini, pengumuman pelaburan berkenaan dilakukan Presiden Bahagian Pengurusan Produk Google, Caesar Sengupta mewakili syarikat induk Google, Alphabet Inc.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman blog syarikat selang dua minggu selepas laporan Reuters mengatakan Google dan Temasek Holdings antara syarikat yang bakal terlibat dalam pelaburan sebanyak AS$1.2 bilion (RM4.7 bilion) kepada Go-Jek.

Menurut Sengupta (gambar), pelaburan tersebut jelas mempamerkan kesungguhan (komitmen) Google dalam melebarkan portfolio pasaran internet di Indonesia.

"Lebih 133 juta penduduk di Indonesia direkodkan menggunakan capaian internet setiap hari.

"Perkara itu dilihat sebagai perkembangan positif. Justeru, kami (Google) fikir ini merupakan masa yang paling sesuai bagi mengembangkan sayap perniagaan sedia ada di Indonesia dan negara Asia Tenggara lain," katanya.

Tambah Sengupta, Asia Tenggara merupakan pasaran ride-hailing ketiga terbesar selepas China dan Amerika Syarikat.

Terdahulu, Go-Jek pernah menerima sejumlah dana pelaburan daripada gergasi teknologi China, Tencent Holdings sementara pesaingnya, Grab dan Uber didokong Kumpulan SoftBank.

Berita Berkenaan

Berita Global
Malangnya, ramai pengguna internet didapati keliru dengan fon yang digunakan oleh logo tersebut…
Berita Global
Salah satu kemaskini yang dibuat adalah penyesuaian terhadap pelbagai jenis saiz dan orientasi…
Gaya Hidup
Jam tangan G-Shock GSW-H1000 masih lagi membawakan penampilan yang ranggi tipikal sebuah jam tangan…