Goodyear taja tayar untuk St. John Ambulance Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pada 10 Ogos yang lalu, syarikat tayar Goodyear Malaysia telah menyampaikan sumbangan tajaan tayar bernilai RM30,000 kepada organisasi St. John Ambulance Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan tahap keselamatan ambulan dan penumpang semasa menjalankan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Tajaan ini melibatkan dua jeni tayar iaitu Goodyear Cargo Marathon 2 dan  Assurance Duraplus 2. Sesi penyerahan tersebut telah diadakan diantara Pengarah Urusan Good Year Malaysia Alex Ng  ketua pegawai operasi   St. John Ambulance Malaysia Dato’ Yeo Kim Thong.

“Di Goodyear, kami sentiasa ingin menyokong usaha kemanusiaan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Kami mula menaja St. John Ambulance sejak tahun 2006 dan ia diteruskan sehingga kini. Dengan menaja St. John Ambulance, kami ingin membantu mengekalkan keadaan tayar untuk kenderaan ambulans, bagi memastikan perjalanan yang selamat dari satu destinasi ke destinasi yang lain,” kata Alex Ng.

Sepanjang pendemik COVID-19 yang melanda Malaysia, kenderaan ambulan daripada St. John Ambulance Malaysia telah digunakan untuk perkhidmatan kecemasan 24 jam. 

Semasa di waktu puncak virus ini merebak, lebih 400 pesakit COVID-19 telah dihantarkan ke hospital klang menggunakan ambulan ini. 

Selain itu, sudah enam tahun tempoh kerjasama diantara Goodyear Malaysia dan  St. John Ambulance dijalankan. 

Bukan itu sahaja, mereka juga turut bekerja sama dengan Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia bermula tahun lepas dengan penajaan lebih 1,000 tayar untuk 50 ambulan yang lain. 

Penulis: IZRA