Goodyear susun strategi - Eagle F1 untuk pemandu agresif!

oleh SALINA JALIL|
Goodyear Malaysia telah melancarkan tambahan terbaru kepada keluarga Eagle F1, SuperSport RS, SuperSport R, SuperSport, Asymmetric 5 dan Asymmetric 3 SUV.


Pelancaran di Malaysia ini dibuat selepas Goodyear menaja tiga pasukan dalam World Endurance Championship (dikenali sebagai Le Mans), iaitu Jota Sport, Jackie Chan DC Racing dan High Class Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Perlumbaan adalah DNA kami. Selama bertahun-tahun, Goodyear telah terlibat dalam banyak perlumbaan seperti NASCAR, Le Mans dan British Touring Car Championship, oleh itu, semenangnya wajar kami melengkapkan kehadiran dengan sukan bermotor yang berkelajuan tinggi.

 

“Kami akan terus berinovasi untuk membawa teknologi canggih dan ciri yang berbeza kepada tayar kami. Aspek yang paling penting menerusi sukan bermotor membolehkan kami menguji keupayaan dan had kami supaya dapat memindahkan teknologi dan menggunakan pengalaman pembangunan dari trek ke jalan raya.”

 

Vlog perasmian dan siri tayar keluaran Goodyear Eagle F1 di sini:

 

 

 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran rasmi keluarga Eagle F1, Goodyear Malaysia  mengumumkan dua tayar baharu iaitu, Goodyear Eagle F1 Asymmetric 5 dan Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 SUV.

 

 


Terbang bersama EAGLE…

 

Direka untuk keselesaan, kawalan yang unggul dalam keadaan jalan basah, Eagle F1 SuperSport telah dibangunkan untuk memberi cengkaman dan pengendalian yang lebih baik di jalan raya.

 

Direka dengan penggunaan sebatian berbentuk U yang inovatif, Eagle F1 SuperSport Series mempunyai zon kuasa khusus yang mewujudkan poket kawalan untuk pengendalian basah dan kering yang unggul.
 

 

Tayar ini juga mempunyai benang pelindung ubah berbentuk yang membantu dalam mengekalkan bentuknya, membolehkan pemeliharaan tapak yang lebih baik untuk memberi kestabilan pada yang kelajuan tinggi.

 

Untuk meningkatkan cengkaman semasa di selekoh, Goodyear menggunakan corak luar tertutup, ini membolehkan ia bergerak lebih lincah. 


Selain itu, ia juga mempunyai rekabentuk pintas yang lebih baik yang meningkatkan pengendalian serta kestabilan.

 

 

Memfokuskan pada keadaan permukaan jalan basah, Eagle F1 Asymmetric 5 pula menawarkan keselesaan. Didatangkan dengan rekabentuk benang khusus dan Teknologi Kompaun Kawalan Impulse, sebatian silika yang sangat halus, ia membolehkan tayar ini menahan daya brek berkelajuan tinggi dan memendekkan jarak membrek.

 

Kompaun ini juga merupakan lanjutan Teknologi ActiveBraking Goodyear, yang membolehkan tayar sedikit mengembang apabila membrek dan lebih banyak cengkaman diberikan menggunakan dinding luar.


Di samping itu, Teknologi Power Cushion  menghasilkan hantaran kuasa yang tepat, yang menghasilkan pengendalian di jalan kering yang sangat baik.

 

 

Untuk kereta dan SUV yang lebih besar, Eagle F1 Asymmetric 3 SUV direkabentuk untuk menjadi lebih kukuh di samping memberi penggunaan bahan api yang lebih baik kerana rintangan yang rendah.

 

Ia juga mampu memendekkan jarak brek melalui Teknologi ActiveBraking dalam pelbagai keadaan. Kompaun khusus yang dikenali sebagai kompaun Grip Booster meningkatkan ketegangan tayar dengan permukaan jalan, yang membolehkan pemanduan menjadi lebih selesa dan memberikan pemandu kawalan sepenuhnya.

 

Keluarga Eagle F1 ini akan berada di pasaran Malaysia pada tahun hadapan kecuali Eagle F1 Asymmetric 3 SUV dan  Asymmetric 5.

 

Untuk maklumat lanjut tentang harga, sila semak di pautan ini: https://www.goodyear.com.my/recommended-retail-price

 

gy 1

 

 

existing commute range
Pilihan tayar mengikut kenderaan anda

 

 

eagle f1 suv
Pilihan tayar untuk kenderaan SUV

 

 

pilihan tayar kenderaan sports
Pilihan tayar mengikut kereta 'sports'

 

 

trak pikup
Pilihan tayar untuk trak pikup

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred…