Goodyear sedia khidmat servis mudah alih untuk penyedia perkongsian kenderaan EV

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Goodyear Tire & Rubber Company mengumumkan sebuah program perintis dengan kerjasama Envoy Technologies - sebuah penyedia perkhidmatan perkongsian EV bagi menjalankan ujian meminimumkan masa operasi tidak berfungsi (operational downtime) di kalangan barisan fleet kenderaan.

Menggunakan solusi tekaan unik Goodyear dalam menentukan masa penyelenggaraan dan penggantian tayar untuk barisan kenderaan terhubung, Envoy mampu untuk melihat status semasa setiap kenderaan yang mampu mengurangkan kos operasi. 

Selain daripada itu, Envoy juga berharap agar dapat mengelakkan sebarang isu berbangkit yang mungkin akan menjejaskan operasi sehingga menyebabkan sesebuah kenderaan terhalang daripada memberikan perkhidmatan. 

Goodyear akan mempergunakan jaringan rangkaian outlet dan perkhidmatan van mudah alih bagi memberikan servis penggantian dan penyelenggaraan kepada fleet EV di tempat pengecasan yang dimiliki oleh Envoy. 

Ini sekaligus mampu mengekalkan tahap keselamatan sesebuah kenderaan dengan pengawasan minima daripada petugas Envoy itu sendiri.

Envoy merupakan sebuah syarikat pengendali perkongsian kenderaan EV sepenuhnya, berpengkalan di Amerika Syarikat dan kini mempunyai lebih daripada 100 buah kenderaan.

Mereka juga merancang untuk meluaskan lagi perkhidmatan di seluruh Amerika termasuklah di Portland, Seattle, Austin, Chicago, New York, Boston, Miami, dan Washington DC.

Goodyear sebelum ini pernah bekerjasama dengan Tesla bagi mengadakan program Tesloop iaitu program mobiliti bandar-ke-bandar khas untuk kenderaan Tesla, serta Goodyear Proactive Solutions khusus untuk barisan trak komersil. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…