Goodyear peroleh syarikat tayar kelima terbesar Amerika, Cooper Tire

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Goodyear Tire & Rubber Company dan Cooper Tire & Rubber Company mengumumkan mereka telah menandatangani transaksi bernilai USD 2.5 billion (RM10.1 billion).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah perjanjian terbaharu ini, Goodyear akan memperoleh syarikat tayar terbesar di Amerika Syarikat, Cooper dan membolehkan Goodyear memperkembangkan lagi penawaran produk dengan menggandingkan kedua-dua portfolio jenama tersebut, terutama di dalam segmen trak tugas ringan dan SUV.

Di bawah gabungan dua syarikat itu, para pemegang kepentingan Goodyear akan memiliki kira-kira 84 peratus pegangan, sementara selebihya dipegang oleh pemegang saham Cooper.

Diasaskan pada tahun 1914, Cooper Tire merupakan syarikat pengeluar tayar kelima terbesar di Amerika Syarikat, dengan kekuatan 10,000 tenaga pekerja di 15 buah negara di seluruh dunia.

Cooper memiliki 10 buah fasiliti penghasilan di serata dunia, dan antara portfolio jenama tersebut termasuklah Cooper, Mastercraft, Roadmaster dan Mickey Thompson.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…